Final Exam Universiti Malaysia Pahang!

Sekarang nih penduduk-penduduk UMP semua di dalam Gelombang Peperiksaan termasuklah aku. Semester nih aku kene ambik 5 paper, agak banyak laa untuk student yang kurang rajin macam aku nih. Mase aku post entry nih, tinggal lagi 3 paper untuk aku happy selama 2 bulan sebelom semester baru. Paper yang aku dah ambik..TITAS dengan Database System. Paper yang aku belom ambik plak, System Analysis Design, Operating System dengan Data Structure Design. Mase exam nih, student universiti memang akan terlebih kreatif. Series! x tipu...



Aktiviti Meniru? Standardization
Skill meniru budak-budak universiti nih memang agak advance, maklum laa dah kat menara gading kan? Puncak je belom sampai lagi.

Portable Slaidshow

Kebanyakan medium yang lecturer pakai, menggunakan Power Point Slaidshow. Jadi memang kebiasaan awal2 semester setiap student akan cuba untuk mendapatkan softcopy untuk diri masing2. Mane2 student yang agak rejin, akan print slaidshow nih untuk buat reference. Tapi untuk mane2 student yang 'kurang rajin', memang tak akan print langsung. Softcopy nih hanya digunakan untuk Openbook Test/Hand On Test aje. Menjelang peperiksaan, slaidshow nih mmg amat penting untuk aktiviti meniru. Mane2 yang ade HP mahal, slaidshow nih mmg secara automatik akan di-upload dalam HP. Mane2 yang hati kering, tgk je sorok2 bawah meja. Tapi yang NOOB dan penakot, konon2 nak pergi kencing..pastu tengok kat dlm toilet. sigh~

Anatomi-Cheat

Term nih berasal dari perkataan Yunani iaitu 'Anatomia' dan perkataan Inggeris 'Cheat'. Cara meniru nih pon agak besh, student gune semua anatomi yang dirasakan agak sesuai untuk menyalin nota2 penting. Antara part2 yang agak popular ialah tangan, buku lali, lengan, perot dan juga dada. Nii berdasarkan pengalaman sebenar aku sbg seorang lelaki, yang pompuan aku x tau sbb aku bukan pompuan. lol. Bile student rase keadaan selamat, mereka akan mula berlakon konon2 gatal. Mane yang dah memang pro tuh, lakonan mereka amat hebat..macam ade kurap berair laa. Pengawas peperiksa nak dtg dekat pon kadang2 boleh takot woo..

Toyooool

Nih memang popular sejak azali lagi..kalau tak percaye boleh tanye ayah/mak korang. Nota-nota kecik akan dibuat oleh student yang kreatif nih, pastu sorok kat dalam dompet ataupon poket. Bile keadaan mengizinkan, toyol nih akan muncul untuk membantu 'ownernye'. Aku pon tak tau laa asal digelar toyol, nak kate kaler hijau..aku tengok macam2 kaler ade (Putih, Kuning, Pink, Merah). Nak kate boleh hilang/invisible..ade gak student yang kantoi. ntah laa..

Multi-Purpose Labeling

Method nih aku blom jumpe lagi kat Universiti Malaysia Pahang nih, mungkin sebab xde pelopor lagi kot? Sape2 yang terbace nih, kalau nak jadi pelopor boleh..tapi nanti pe2 jangan plak libatkan aku. Aku xmo share dose ngan korang. Multi-Purpose Labeling nih dilekatkan kat botol minuman, tak kisah laa mineral/berkarbonat. Label asal perlu ditanggalkan, pastu masu scanner dan scan. Bukak imej tadi dengan mane2 pics application editing software (aku pakai photoshop). Kat dalam application tuh, korang padam laa details2 die, slalunye kat part ingredient tuh. Selepas tuh, masukkan laa nota yang korang nak tuh kat part ingredient tadi. Then da siap, print atas glossy paper dan gamkan semula kat botol tadi. WALLA..siap da!

Sebenarnye banyak lagi, tapi yang nih antara paling popular di kalangan student. Nanti kalau ade care peniruan yang lagi advance dan pelik, nest exam aku share. XD

Posted by xtreme_paranoid Wednesday 21 April 2010

0 comments

Subscribe here

SHOUTBOX




My Social Networking



My Blog List

Blog Statictics